Adele Bakal Berkahwin Dengan Simon Konecki - Hiburan | mStar

Adele Bakal Berkahwin Dengan Simon Konecki

Adele dan Simon bahagia bersama. Foto beatwolf.com
Adele dan Simon bahagia bersama. Foto beatwolf.com

PENYANYI kesayangan ramai, Adele bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Simon Konecki.

Menurut sumber, Adele akan segera berkahwin sebelum melahirkan anak pertama pada September depan.

"Adele dan Simon sedang berbincang untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Lagipun hasrat Simon untuk berkahwin dengan Adele sudah lama dirancang, malah sebelum berita kehamilan penyanyi itu lagi.

"Berkemungkinan besar mereka akan berkahwin di pantai Sussex, England," kata sumber itu kepada sebuah majalah Inggeris.

Tambah sumber berkenaan, pasangan tersebut berkemungkinan besar akan berkahwin pada bulan ini atau Ogos depan.

Jun lalu, para peminat dikejutkan dengan berita kehamilan penyanyi yang popular dengan lagu Rolling In The Deep itu, hasil hubungannya dengan Simon.

Artikel Sebelum

Tangan Miley Cyrus Seperti Dicakar

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain

Podolski intai peluang bersama JDT