Amar Baharin Bebas Tidak Lagi Dikaitkan Dengan Erra Fazira - Hiburan | mStar

Amar Baharin Bebas Tidak Lagi Dikaitkan Dengan Erra Fazira

Amar Baharin berasa bebas sejak namanya tidak lagi dikaitkan dengan gosip hubungan bersama Erra Fazira. - Foto MUHAMMAD SYAMIL JOHAR
Amar Baharin berasa bebas sejak namanya tidak lagi dikaitkan dengan gosip hubungan bersama Erra Fazira. - Foto MUHAMMAD SYAMIL JOHAR

KUALA LUMPUR: Pelakon Amar Baharin berkata dia berasa semakin bebas sejak namanya tidak lagi dikaitkan dengan dakwaan kononnya mempunyai hubungan istimewa dengan aktres Erra Fazira sebelum ini.

Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 27, berkata gosip yang timbul kerana salah faham itu berjaya diatasi dengan baik kerana dia tidak pernah melatah atau mengelak ketika diajukan pelbagai pertanyaan berhubung dakwaan tersebut.

“Sudah tentu sebagai orang baru, saya akui agak terkejut ketika mula-mula dikaitkan dengan gosip hubungan saya dengan dia (Erra) tetapi saya cuba hadapinya dengan tenang dan rasional.

“Dengan bantuan seorang wartawan senior, salah faham yang timbul itu berjaya dileraikan dan cerita itu tidak lagi diperkatakan. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana saya tidak melakukan perkara seperti yang didakwa,” katanya ketika ditemui mStar Online.

Sebelum ini, Amar didakwa menjalinkan hubungan istimewa dengan Erra dan dituduh menjadi orang ketiga kepada konflik rumah tangga aktres popular itu.

Bekas finalis program Anak Wayang (2009) ini berkata, dia bersyukur kerana perjalanan kariernya bertambah baik dan lancar sejak namanya tidak lagi dikaitkan dengan tuduhan itu.

“Sebelum ini, saya risau juga apabila orang mengenali saya kerana kontroversi. Padahal saya dan Erra hanya kenalan artis di lokasi penggambaran kerana kami berlakon bersama beberapa kali.

“Kami tidak rapat pun seperti didakwa. Alhamdulillah, kini saya berasa semakin bebas dan tidak lagi tertekan dengan gosip itu dan dapat bekerja seperti biasa tanpa tekanan,” katanya.

Mengenai perkembangan karier, Amar berkata sehingga kini dia masih mencari karakter yang bersesuaian bagi menonjolkan bakatnya kepada khalayak umum.

“Saya masih terlalu baru, lebih kurang tiga tahun saja pembabitan dalam bidang lakonan. Saya tidak boleh memilih tawaran kerana masih mencari karakter yang bersesuaian.

“Saya mahu menjadi pelakon yang versatil. Setakat ini, saya masih belum mendapat watak yang unik atau benar-benar menguji kemampuan bagi menilai prestasi diri ini,” katanya.

Amar yang baru menamatkan penggambaran drama bersiri Geng Surau musim kedua, kini sibuk di lokasi telefilem Aidilfitri berjudul Pontianak Beraya Di Kampung Batu 2 arahan Michael Ang di samping Didie Alias, Erra Fazira dan Yasmin Hani.

Aksi lakonannya boleh ditonton dalam drama Nazihah yang kini disiarkan pada setiap Jumaat pukul 9 malam di TV3.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Watie (Elite) Mual Makan Nasi

default image

Ahya U Enggan Tumpang Populariti Ibu

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain