suria

Britney Spears Adakan Konsert Percuma Di Mexico City

Britney spears.
Britney spears.
Britney spears.

MEXICO CITY: Penyanyi sensasi Amerika Syarikat, Britney Spears akan mengadakan sebuah konsert bersempena Hari Natal secara percuma untuk peminatnya di Mexico City Plaza.

Perkara itu disahkan oleh Datuk Bandar Mexico City, Marcelo Ebrard pada Rabu.

Ebrard berkata, Britney akan membuat kemunculan di Tugu Revolusi pada Ahad sebelum mengadakan konsert.

Terdahulu, pada Ogos 2009, kira-kira 11,600 sukarelawan telah mencipta rekod dunia apabila beramai-ramai menarikan tarian penyanyi lagenda, Michael Jackson menerusi lagu Thriller di Tugu itu.

Perayaan Hari Natal di Mexico City disambut meriah dengan hiasan pokok krismas gergasi, gelanggang asi di Zocalo dan salji tiruan semasa perbarisan.

Sementara itu Ebrard berkata, selain di Mexico City Plaza, Britney akan mengadakan persembahan di bandar Guadalajara pada Jumaat dan di utara bandar Monterrey pada Selasa. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain