suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angelina Jolie dan Brad Pit Tambah Anak

Brad Pitt dan Angelina Jolie
Brad Pitt dan Angelina Jolie
Brad Pitt dan Angelina Jolie

NAMPAKNYA, pasangan popular Angelina Jolie dan Brad Pitt masih lagi mengamalkan pengambilan anak angkat walaupun telah memiliki tiga orang anak angkat sebelum ini iaitu Maddox (9) dari Kemboja, Pax (7) dari Vietnam, Zahara (6) dari Etopia.

Menurut laman portal ShowbizSpy, Jolie akan mengambil seorang lagi anak angkat dari negara kelahiran Zahara.

"Mereka sangat gembira dengan perancangan itu. Pasangan itu telah berjanji kepada Zahara beberapa tahun lalu untuk mengambil anak angkat untuk dijadikan sebagai peneman," kata satu sumber kepada ShowbizSpy.

Pengambilan anak angkat yang dirancang mungkin boleh dikaitkan mengenai kepercayaan yang dipegang oleh pasangan ini iaitu kebahagiaan sesebuah keluarga akan datang jika memiliki seramai tujuh orang anak.

Brad juga pernah mengakui bahawa dia ingin mempunyai sebuah keluarga yang besar dan gemar melihat suasana riuh rendah yang ditimbulkan oleh anak-anak.

Selain Maddox, Pax dan Zahara pasangan itu juga mempunyai tiga anak kandung iaitu Shiloh (5) yang lahir di Namibia serta anak kembar Vivienne dan Knox (2 tahun) pula lahir di Perancis.

Artikel Sebelum

Artikel Lain