suria

Esmi Zahara Belajar Mengarah Dari Shuhaimi Baba

Esmi Zahara ketika sesi latihan filem Cinta Ekstra
Esmi Zahara ketika sesi latihan filem Cinta Ekstra
Esmi Zahara ketika sesi latihan filem Cinta Ekstra

PETALING JAYA: Pengarah muda, Esmi Zahara mengakui pengalaman bekerja di bawah sutradara terkenal, Shuhaimi Baba mengajarnya sedikit sebanyak tentang proses pemibikinan sebuah filem.

Malah dia turut meminta pandangan kepada pengarah filem Pontianak Harum Sundal Malam itu untuk filem pertama arahannya berjudul Cinta Ekstra.

“Saya sebenarnya bermula dalam bidang pengiklanan dan pada tahun 2003 saya telah menceburkan diri dalam bidang perfileman.

“Saya diterima bekerja dibawah syarikat penerbitan Pesona Pictures milik pengarah terkenal Suhaimi Baba dan dari situ dia banyak memberi tunjuk ajar tentang filem.

“Ketika mendapat tawaran ini juga, saya meminta pendapatnya terlebih dahulu,” katanya yang ditemui ketika perlancaran filem Cinta Ekstra, Jumaat.

Esmi turut terlibat dalam penerbitan filem melayu seperti 1957 Hati Malaya, Pontianak Harum Sundal Malam, Waris Jari Hantu dan banyak lagi.

Jelas Esmi, sebagai percubaan pertama dia mahu membuat sebuah filem yang dekat dengan kehidupannya realitinya.

“Ini merupakan filem pertama arahan saya, kisah dari filem ini juga kebanyakan berkisarkan kehidupan sehari-harian saya.

“Ia dekat dengan saya dan para pelakon, apa yang saya cuba tonjolkan dalma filem ini ialah terdapat sekelompok kehidupan iaitu golongan pelakon ekstra yang ramai tidak tahu,” katanya.

Dalam pada itu, filem romantik komedi ini turut menyelitkan mesej-mesej sebagai pengajaran kepada penonton.

“Banyak mesej pengajaran yang vuba kami selitkan dalam filem ini, salah satunya ialah tentang usaha dan kerja kuat. Selain itu kami juga menyentuh sedikit sebanyak hal-hal yang berlaku dalam industri ini,” katanya.

Filem ini akan memulakan penggambaran pada 24 Januari di sekitar Lembah Klang dan dijangka akan ditayangkan pada September ini.

Antara barisan pelakon ialah Along (Raja Lawak), Angah (Raja Lawak), Faezah Elai, Zach (X Factor) dan Azrul (raja Lawak).

Artikel Sebelum

Nia Ramadhani Hamil Anak Sulung

Artikel Berikut

Aktif 5 Terap Unsur Humor

Artikel Lain