suria

Aril Tak Kisah Idea Video ‘Biar Begini’ Bercanggah

Persembahan Aril di showcase 'Kau dan Aku 2' di Plaza Alam Sentral Shah Alam. - Foto oleh Astro
Persembahan Aril di showcase 'Kau dan Aku 2' di Plaza Alam Sentral Shah Alam. - Foto oleh Astro
Persembahan Aril di showcase 'Kau dan Aku 2' di Plaza Alam Sentral Shah Alam. - Foto oleh Astro

SHAH ALAM: Klip video lagu Biar Begini bukanlah mengikut idea asal yang diinginkan oleh penyanyi Aril.

Biarpun berlaku percanggahan, naib juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) ini akui tidak kisah dan mengikut sahaja apa yang ditetapkan oleh pihak Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB).

“Ikutkan, saya nak konsep lain, mungkin elemen yang lebih ganas untuk menunjukkan realiti dalam lagu tersebut.

“Tapi ia tidak diterima oleh pihak AESB kerana dikategorikan sebagai 18 PL. Sebab itu, mereka menggunakan idea yang baru yang lebih menunjukkan jalan cerita dalam lagu itu,” katanya kepada mStar Online.

Selain Aril, klip video tersebut turut menampilkan pelakon Julia Ziegler dan Iqram Dinzly. Dalam video tersebut, Aril merupakan seorang pesakit mental dan berhalusinasi sedang bercinta dengan doktor yang merawatnya.

Tambahnya: “Orang tak jangka yang lelaki ini gila. Saya bersetuju dengan idea tersebut yang kelihatan gempak dan luar daripada jangkaan. Mungkin orang tak tahu bahawa orang gila boleh bermimpi dan berhalusinasi.”

Klip video lagu terbaru Aril ini boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104), Astro @15 (saluran 109) atau laman web YouTube.

Beralih kepada lakonan, Aril semakin menonjol dalam bidang ini setelah muncul dalam drama bersiri Kau dan Aku yang telah memasuki musim kedua.

Dia sendiri mengakui karakter lucu dalam dirinya lebih memudahkan komunikasinya dengan pelakon lain.

“Saya memang suka berjenaka kerana ia boleh menghilangkan stres dan memang meminati watak komedi.

“Tetapi jika berpeluang, saya mahu mencuba watak orang cacat, hantu atau pengganas,” ujarnya.

Penonton boleh menyaksikan Aril dalam drama Kau dan Aku 2 yang sedang disiarkan di Astro Ria pada setiap Selasa, pukul 9 malam.

Artikel Sebelum

Suria FM Kekalkan Formula Lama

Artikel Berikut

Artikel Lain