suria

Mulan Jameela Turut Korban Kambing

PENYANYI Mulan Jameela tidak melepaskan peluang untuk melakukan ibadah korban.

Mulan yang dikatakan sedang hangat bercinta dengan Ahmad Dhani itu telah memgorbankan seekor kambing yang diimport dari Australia.

Menurut sumber yang dipetik dari KapanLagi.com, Mulan membeli haiwan tersebut daripada penjual kambing di sebelah rumahnya di Pinang Mas, Pondok Pinang, Jakarta Selatan.

Tambah sumber lagi, kambing tersebut dibeli oleh ibu Mulan, Siti Aisyah mewakili puterinya itu.

“Ya, Mulan membeli kambing import dari Australia, jenis Etawa dengan berat 80 kg, harganya RM 1,200,” ujarnya.

Tambahnya lagi, daging korban tersebut telah dibahagikan kepada penduduk setempat di kawasan itu.

Di persekitaran rumah penyanyi lagu Cinta Mati itu, kelihatan seperti beberapa orang lelaki berpakaian hitam mengawasi rumah mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Black Mahu Bertubuh Sasa

Artikel Lain