suria

Lily Allen Keguguran Kali Kedua

LILY ALLEN dan kekasih, Sam Cooper, terlalu sedih apabila mendapat tahu penyanyi lagu Smile itu mengalami keguguran buat kali kedua setelah mengadu sakit pada bahagian perut pada Khamis lalu.

Bagaimanapun, selepas dibawa ke hospital, Lily gagal menyelamatkan kandunganya yang merupakan bayi lelaki berusia enam bulan itu selepas mengalami pendarahan yang teruk.

Menurut sumber, Lily dan Sam begitu sedih apabila doktor mengesahkan keguguran tersebut dan enggan memberi sebarang kenyataan dalam masa terdekat ini.

"Pasangan itu meminta semua pihak agar menghormati privasi mereka yang sedang mengalami saat-saat sukar dan tidak mahu memberi sebarang kenyataan berhubung kejadian tersebut," kata sumber kepada Malefirst.

Pada Ogos lalu, Lily membuat pengumuman yang dirinya mengandung tiga bulan kepada umum. Kata Lily pada ketika itu, dia mahu merasai perubahan tubuhnya yang akan membesar dan pada masa yang sama perutnya akan menjadi perhatian.

Sebelum ini, penyanyi Inggeris itu turut mengalami keguguran anak hasil hubungannya dengan bekas kekasih, Ed Simmons, pada tahun 2007.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain