suria

Mustapha Maarof Aktif Terbit Drama Selepas Seniman

Datuk Mustapha Maarof menerbitkan drama 13 episod Pak Kaduk... - Foto oleh AZHAR MAHFOF
Datuk Mustapha Maarof menerbitkan drama 13 episod Pak Kaduk... - Foto oleh AZHAR MAHFOF
Datuk Mustapha Maarof menerbitkan drama 13 episod Pak Kaduk... - Foto oleh AZHAR MAHFOF

SEMENJAK kerusi Presiden Persatuan Seniman (Seniman) diambil alih oleh pelakon dan pengarah Harun Salim Bachik Datuk Mustapha Maarof menguruskan syarikat produksinya, Warna Motion Pictures & Marketing Sdn. Bhd. yang ditubuhkan sejak tahun 1982.

Biarpun sudah tidak memegang pucuk pimpinan Seniman, pemilik nama sebenar Mustapha Azahari Ma'arof, berusia 70-an itu sentiasa mendoakan perjalanan Seniman berada dalam keadaan baik dan lebih maju dengan idea-idea baru.

Kini, bintang filem era 60-an ini menerbitkan dokumentari dan drama untuk televisyen. Terbaru, dia yang menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan di syarikat itu baru menyiapkan drama 13 episod Pak Kaduk… yang akan disiarkan pada November tahun ini.

“Saya menjalani kehidupan yang selesa sekarang dan menumpukan kepada syarikat. Selain menerbitkan drama Pak Kaduk…, saya turut berlakon dalam drama itu sebagai Haji Zainal.

“Ceritanya berkisarkan tentang dunia korporat melibatkan seorang insan yang berjaya tetapi ada yang cuba hendak menjatuhkannya serta terdapat pelbagai konflik lain. Itulah sifat sesetengah peniaga lain.

“Jadi, saya cuba mengajar masyarakat untuk mengikis sifat suka menjatuhkan orang lain dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada,” kata Mustapha kepada mStar Online.

Penerima Anugerah Tokoh Perfileman Finas pada tahun ini berkata idea untuk menghasilkan cerita ini datang daripada kawan baiknya, Zainal yang turut bertindak selaku penulis skrip. Menariknya, cerita ini merupakan kisah benar yang berlaku pada hari ini.

Menyelit sedikit cerita Hari Rayanya, bekas suami Seniwati Roseyatimah ini beraya bersama-sama anak-anaknya di Mambau, Negeri Sembilan. Selain itu, dia menziarahi bekas ibu mertuanya, Neng Yatimah di Singapura.

Dalam perkembangan lain, dia juga sedang dalam proses menyiapkan dokumentari video korporat Super Max dan video korporat untuk Kraftangan.

Mustapha berlakon lebih 10 buah filem seperti Matinya Seorang Patriot, Naga Tasik Chini, Detik 12 Malam, Sumpah Pontianak dan Bawang Putih Bawang Merah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain