Imej Mahathir Buat Pelakon Teruja - Hiburan | mStar

Imej Mahathir Buat Pelakon Teruja

Puan Sri Noorainee Abdul Rahman (tengah) dan Pengarah MTM Rosminah Mohd Tahir (empat dari kiri) melihat poster Muzikal Tun Mahathir bersama artis semasa sidang media di Istana Budaya, Kuala Lumpur, 8 Julai lalu. - Foto THE STAR Oleh SIA HONG KIAU
Puan Sri Noorainee Abdul Rahman (tengah) dan Pengarah MTM Rosminah Mohd Tahir (empat dari kiri) melihat poster Muzikal Tun Mahathir bersama artis semasa sidang media di Istana Budaya, Kuala Lumpur, 8 Julai lalu. - Foto THE STAR Oleh SIA HONG KIAU

TEATER Muzikal Tun Mahathir (TMTM) yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 24 September hingga 4 Oktober ini dijangka mendapat sambutan hangat berdasarkan kepada "kecintaan" masyarakat terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Ini terbukti apabila para pelakonnya turut teruja berlakon dalam teater berkenaan kerana imej positif Mahathir sendiri.

Pelakon Erra Fazira, 37, berkata, dia dapat merasakan tanggung jawabnya memegang watak Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dalam teater tersebut sebagai amat berat.

Katanya, watak itu melibatkan tokoh ternama dan inilah kali pertama dia membawakan watak sedemikian.

Sementara itu, pelakon filem dan teater, Esma Daniel, 41, berasa dihargai apabila julung kali meraih peluang membawa watak utama dalam TMTM.

Bagaimanapun, akuinya, dia berasa gementar dan bangga apabila dimaklumkan bekas Perdana Menteri dan isterinya teruja untuk melihat hasil persembahan teater itu pada September ini.

"Saya janji menampilkan yang terbaik untuk tidak menghampakan mereka yang memberi kepercayaan kepada saya untuk membawa watak Tun," katanya pada sidang media Teater Muzikal Tun Mahatihir.

Dalam pada itu, pelakon filem Cinta Terakhir, Zizan Nin, 38, yang memegang watak Mahathir sewaktu zaman remajanya menyifatkan peluang itu sebagai penghormatan yang amat besar kepadanya.

"Tun ialah tokoh yang sangat disegani. Saya pasti semua akan berminat menyaksikan MTM apabila dipentaskan nanti," jelasnya.

Sementara itu, isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman memberitahu, beliau tidak teragak-agak untuk menerima pelawaan untuk menjadi penaung MTM kerana menghormati keperibadian Mahathir.

"Saya sungguh teruja dan rasa bertuah kerana diminta menjadi penaung MTM. Pertamanya, saya memang minat menonton teater dan selalu datang ke IB.

"Tun Mahathir ialah tokoh yang sungguh saya hormati dan menjadi idola. Apabila kita melihat kira-kira 22 tahun Tun menjadi Perdana Menteri, ketokohan beliau tiada tolok bandingnya. Saya betul-betul teruja," katanya.

Sementara itu itu, Penerbit MTM, Siti Rohayah Attan dalam sidang akhbar yang sama berkongsi keterujaan Hasmah tentang MTM pada pertemuan dengannya baru-baru ini.

"Tun (Hasmah) amat mengagumi kecantikan Erra yang memegang wataknya. Beliau tidak sabar ingin melihat watak suaminya menunggang motosikal jenis VSA di Pantai Lido," ujarnya.

Kata Siti, apa yang pasti penonton MTM akan melihat Mahatihir dari perspektif lain iaitu dari pandangan isteri dan anak-anaknya.

Dalam pada itu, Pengarah MTM, Rosminah Mohd Tahir berkata, beliau memilih karakter pelakon berdasarkan kepada keperluan watak itu sendiri.

Beliau turut melihat dari segi komitmen serta wajah mereka yang mirip dengan Mahathir.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kes Maria Tengku Sabri Ditetap 30 Julai

Artikel Berkaitan

default image

Katy Perry Sanggup Bogel Demi Album

Lebih Artikel

Mak Nyah maut dibelasah sekumpulan lelaki

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mas Ermieyati sertai Bersatu