suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maya Karin & Suami Didenda Nikah Tanpa Kebenaran

Maya hadir di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini. Turut serta adalah peguam syarie Nor Husniah Hussin. - Foto oleh AZHAR MAHFOF

KUALA LUMPUR: Pelakon Maya Karin, 31, dan suaminya Muhammad Ali atau Steven David Shorthose, 40, masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, Rabu kerana bernikah tanpa kebenaran.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin bagaimanapun mengesahkan pernikahan mereka yang berlangsung di Itali dua tahun lalu selepas menerima permohonan pendaftaran pasangan tersebut pada 24 Jun lalu secara tertutup di kamar hakim.

Maya enggan mengulas mengenai perkara itu sebaliknya akan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dengan cara baik.

Steven hadir berasingan dengan Maya.

Difahamkan kes pasangan tersebut akan dapat diselesaikan dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

Maya dan Muhammad Ali diijabkabulkan di Villa Corte de Lago, Bellagio Itali pada 14 Ogos 2008.

Majlis resepsi mereka diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) beberapa minggu selepas itu.

Selepas dua tahun bernikah, mereka dikatakan menghadapi krisis rumah tangga.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain