suria

Robert Pattison Tidak Selesa Dengan Babak Gay Dalam 'Little Ashes'

BINTANG Twilight Robert Pattison mengakui dirinya seorang lelaki tulen dan sejati. Justeru, dia tidak begitu selesa melakonkan babak gay dalam filem Little Ashes.

Dalam filem itu, Pattison berlakon sebagai pelukis berbangsa Sepanyol, Salvador Dali yang mempunyai hubungan seks songsang dengan seorang penulis Frederico Garcia Lorca (lakonan Javier Beltran).

"Saya dan Javier adalah lelaki sejati. Namun, Javier berbangsa Sepanyol dan secara lumrahnya mereka berkeyakinan tinggi dan tidak kekok untuk melakonkan adegan bogel dan cium sebegitu," demikian menurut kenyataan Pattison kepada akhbar New York Daily News.

Bagaimanapun, pelakon Britain itu turut mengakui adegan seks sedemikian mungkin sukar dan kekok untuk dilakonkan sekalipun dengan wanita.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain