suria

Mia Tertekan Pegang Watak Alice in Wonderland

AKTRES popular, Mia Wasikowska telah menerima kritikan positif berdasarkan lakonannya sebagai Alice dalam filem Alice in Wonderland.

Namun begitu, Mia turut mengakui dia tertekan semasa membawa watak tersebut yang merupakan watak ciptaan Lewis Carroll itu.

"Saya merasa tertekan semasa membawa watak Alice, kerana watak tersebut telah dijadikan sebagai ikon dan semua orang tahu mengenainya," ujar pelakon kelahiran Australia itu.

Pelakon yang berusia 20 tahun itu juga, turut mengakui banyak kesulitan yang terpaksa dilaluinya semasa membawa watak tersebut. Tambahan pula, Tim Burton selaku pengarah menyuruhnya membawa watak itu dengan gayanya tersendiri.

Watak Alice yang dipegang oleh Mia juga adalah berbeza daripada kisahnya dalam buku. Filem ini juga turut menampilkan kisah Alice ketika dirinya berusia 19 tahun yang kembali ke Wonderland.

Dalam filem itu, Mia turut digandingkan dengan pelakon Johnny Deep yang memegang watak sebagai The Mad Hatter.

Artikel Lain