suria

ABP Terakhir Siti

Siti beri laluan kepada artis baru untuk bertanding di ABP pada tahun hadapan. Foto The Star. Oleh MOHD SAHAR MISNI
 Siti beri laluan kepada artis baru untuk bertanding di ABP pada tahun hadapan. Foto The Star. Oleh MOHD SAHAR MISNI
Siti beri laluan kepada artis baru untuk bertanding di ABP pada tahun hadapan. Foto The Star. Oleh MOHD SAHAR MISNI

SETELAH berjaya memenangi gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular (ABP) selama enam tahun berturut-turut, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Taruddin akhirnya memutuskan untuk bertanding buat kali terakhir di anugerah berprestij itu pada tahun ini.

Keputusan untuk tidak lagi menyertai ABP pada tahun-tahun akan datang adalah bagi memberi laluan kepada barisan artis baru bersaing sesama mereka.

"Saya berterima kasih kepada peminat kerana mencalonkan saya lagi pada tahun ini, tapi ini mungkin tahun terakhir bagi saya untuk menyertai ABP ini.

"Saya dah lalui acara ini dalam masa yang panjang dan saya sudah lalui susah payah bertungkus lumus berkempen untuk diri sendiri. Kini tiba masanya bagi peluang kepada artis lain pula.

"Tahun depan saya mahu berehat, pada mulanya ingat nak berhenti tahun ini tapi sudah tercalon, jadi sayang nak tarik diri.

"Namun itu tidak bermakna saya berhenti dalam bidang seni ini. Karier saya tetap berjalan, hanya saya berhenti dari bersaing di ABP sahaja," ujar Siti Nurhaliza yang ingin hadir ke ABP hanya sebagai penonton pada tahun hadapan.

Dia yang menyatakan hasrat tersebut selepas sidang media Konsert Satu Suara Aizat dan Faizal Tahir semalam, turut menafikan pengundurannya itu disebabkan merajuk hati atau kecewa.

Sementara itu, dia turut mengulas tentang kredibilitinya yang dipersoalkan sebagai juri pada Anugerah Juara Lagu lalu yang membawa kepada kemenangan lagu Pergi nyanyian Aizat.

"Susah untuk beri kepuasan kepada orang lain, pada malam tersebut saya hanya mengadili dari segi persembahan sahaja, lagu-lagu yang menang pada malam itu telah diadili lebih awal," ujarnya.

Konsert Satu Suara Aizat dan Faizal Tahir

Dalam pada itu, Konsert Satu Suara Aizat dan Faizal Tahir yang akan berlangsung pada 12 hingga 14 Februari ini di Istana Budaya. Ini merupakan buah tangan pertama Siti Nurhaliza Production (SNP) bagi tahun 2010 ini.

Siti turut memberitahu bahawa pemilihan Aizat dan Faizal Tahir adalah berdasarkan pencapaian kejayaan yang telah dicapai oleh dua ank muda ini.

"Secara jujurnya saya mengagumi Aizat dan Faizal Tahir sebagai pendatang baru yang mempunyai bakat seperti mencipta lagu dan menulis lirik. Mereka juga antara artis yang mempunyai pengikut tersendiri dengan aliran muzik yang berbeza," ujarnya yang akan membuka peluang kepada artis lain juga selepas ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain