suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Penyanyi Kumpulan Exist Didenda RM2,411 Kerana Mencuri

SINGAPURA: Mahkamah Singapura semalam mengenakan denda RM2,411 ke atas penyanyi rock Malaysia, Mamat, kerana mencuri sebuah telefon bimbit dan seutas jam tangan.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 31, adalah bekas penyanyi kumpulan rock Exist yang popular pada tahun 1990-an.

Laporan sebuah media online menyebut Mamat mengaku bersalah mencuri telefon bimbit bernilai S$580 dan sebuah jam daripada Noor Shazeel Sazali, 21, di rumahnya di Bishan di sini pada 11 November lepas.

Mahkamah diberitahu Noor Shazeel telah meletakkan telefon bimbit dan jam itu yang tidak diketahui nilainya di atas meja makan sebelum masuk untuk tidur petang, dan mendapati barangan tersebut hilang apabila dia bangun lima jam kemudian.

Menurut edisi online Straits Time, Noor Shazeel kemudian diberitahu bapanya bahawa Mamat telah pergi ke rumahnya bersama seorang saudara.

Mamat berjaya dikesan di rumah teman wanitanya di sini beberapa hari kemudian. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain