PENYANYI Bruce Springsteen mendesak agar perkahwinan gay dibenarkan di sisi undang-undang.Dalam laman web miliknya, rocker tua yang popular dengan lagu 'The Born To Run' ini memberi restunya dengan perkawinan gay dalam satu pemungutan suara yang akan dilakukan di New Jersey minggu ini. "Saya sangat setuju jika perkahwinan gay dibenarkan. Saya juga ingin mendesak supaya semua orang menyokong menghalalkan perkahwinan untuk kaum gay dan lesbian. Saya berharap semua orang akan memberikan suara kepada mereka sekarang," katanya.Penyanyi terkenal ini berkata beliau sudah lama percaya dan selalu berbicara tentang hak-hak pembelaan pasangan berjenis, dan bersetuju dengan tindakan Gabenor Corzine untuk menghalakan perkahwinan gay."Perkahwinan harus benar-benar diakui, dipersetujui dan disahkan di sisi undang," kata Springsteen