suria

Mariah Carey Semakin 'Demanding'

Penyanyi Mariah Carey menghadiri satu acara sambutan Halloween di M2 Ultra Lounge pada 31 Oktober 2009 di New York City. -Foto AFP

PERANGAI diva Mariah Carey dikatakan semakin melampau apabila dia tiba lewat untuk rakaman program X Factor kerana tidak suka dengan kereta yang datang untuk mengambilnya.

Carey, 39, tidak gembira dengan kereta Mercedes yang dihantar oleh Simon Cowell dan setelah pertengkaran kecil, dia akhirnya tiba dengan sebuah kereta Rolls-Royce bernilai 250,000 pound dan merakamkan persembahannya dengan lagu I Want To Know What Love Is untuk ditayangkan pada minggu hadapan.

Cowell dikatakan hanya tersenyum sepanjang masa memandangkan kemunculan Carey dikatakan akan membuatkan program The X Factor mengatasi program 'musuhnya', Strictly Come Dancing.

Penyanyi itu pada asalnya telah 'ditempah' untuk membuat persembahan di program Beeb, tetapi menarik diri atas permintaan Cowell.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain