Peterpan Tukar Nama Jadi Feather Band? - Hiburan | mStar

Peterpan Tukar Nama Jadi Feather Band?

Band Indonesia Peterpan khabarnya akan berganti nama dari Peterpan menjadi Feather Band. -Foto THE STAR oleh AZLINA ABDULLAH
Band Indonesia Peterpan khabarnya akan berganti nama dari Peterpan menjadi Feather Band. -Foto THE STAR oleh AZLINA ABDULLAH

BAND Indonesia Peterpan khabarnya akan berganti nama dari Peterpan menjadi Feather Band.

Ariel, Uki, Lulinan, dan Reza, akan menggunakan nama baru ini dan sekaligus melancarkan album baru mereka bulan lepas.

Sehingga hari ini, belum ada perkembangan nama baru bandnya.

Ketika ditemubual dalam proses rakaman di Bandung, Ariel memberitahu nama baru kumpulan sudah lama difikirkan.

"Cuma albumnya belum selesai. Bukan tidak mahu teruskan tetapi tidak mahu memaksakan diri," ucap Ariel ketika ditemui.

Desas-desus mengatakan Peterpan, band yang mencetus fenomena ini, akan mengambil nama baru sudah lama diperkatakan.

Nama Feather Band, disebut-sebut sejak Peterpan muncul dengan logo barunya, bergambar sehelai bulu unggas (dalam bahasa Inggeris feather).

Meskipun tidak mengaku, Feather Band, adalah nama pilihan, Ariel mengakui sudah punya nama baru untuk bandnya.

"Kita akan bicarakan saat pelancarannya nanti," kata Ariel.

Menurut kekasih aktres Luna Maya ini, dia dan rakan-rakannya sedang berusaha mencari nama untuk menggantikan nama Peterpan.

Artikel Sebelum

Penganjur RTW9 Jamin Tiada Insiden Buka Baju

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain