suria

Jubah 'halimunan' Harry Potter mungkin suatu realiti dua tahun lagi

.Jubah halimunan Harry Porter mungkin berupa satu realiti dalam tempoh masa dua tahun lagi. -foto THE STAR oleh UU BAN LEONG

SEORANG saintis dari Universiti St. Andrews hampir berjaya mencipta jubah 'halimunan' Harry Porter. Dan ia mungkin menjadi suatu realiti dalam tempoh dua tahun lagi.

Profesor Ult Leonhardt menyifatkan hasil kerjanya itu sebagai "ilusi optik pada tahap tertinggi".

Beliau menerima bantuan kewangan sebanyak 100,000 paun dari The Royal Society’s Theo Murphy Blue Skies untuk membangunkan jubah 'halimunan' versi sebenar itu.

Leonhardt bercadang menggunakan bahan-bahan pembiasan untuk menjadikan gelombang cahaya bergerak di sekitar sesuatu objek.

Keadaan itu hampir sama dengan situasi maya - cahaya biru dari langit terbias oleh udara panas yang terperangkap untuk mewujudkan satu ilusi optik bahawa wujudnya satu kolam air di gurun.

Saintis itu mendapat ilham mencipta jubah 'halimunan' semasa menyaksikan ikan berenang di tangki air.

Pembiasan cahaya yang berlaku semasa ia bergerak dari udara ke air membuatkan ikan kelihatan lebih besar.

"Bayangkan satu bahan lutsinar memandu cahaya bergerak mengelilingi cahaya tanpa mengganggu sinaran cahaya - maka, ia akan 'hilang' daripada penglihatan manusia," media memetik Leonhardt sebagai berkata.

Artikel Lain