suria

Dannii Minogue: Saya tidak guna botoks lagi, wajah saya 'natural'

Dannii Minogue.
Dannii Minogue.
Dannii Minogue.

KULIT mulus selebriti Dannii Minogue memang tidak dapat disangkal banyak dibantu oleh penggunaan botoks.

Tapi sejak kebelakangan ini, Dannii akui yang dia sudah berhenti menggunakan botoks.

Kata selebriti berusia 38 tahun dan kelahiran Australia ini, dia sudah bosan dengan botoks dan inginkan sesuatu yang natural dan semula jadi.

Namun sesi fotografi yang diadakan jelas menunjukkan yang dia masih menggunakan botoks.

Langsung tiada garisan di wajahnya seperti sebuah canvas yang licin. Ini agak menghairankan, kata seorang pakar foto James Facey.

"Tiada garisan di keliling mulutnya. Ianya terlalu sempurna untuk mengatakan itu wajah sebenarnya.

"Yang pasti tentu sekali teknik 'airbrush' telah digunakan untuk membuat wajah Dannii kelihatan begitu licin dan sempurna," kata Facey.

Jelasnya lagi, "Begitu juga dengan kedut-kedut karektor di wajah Dannii. Semuanya hilang. Saya rasa imej studio banyak membantu. Sekurang-kurangnya dia kelihatan 10 tahun lebih muda dari usianya yang sebenar."

Dannii, yang juga adik kepada penyanyi terkenal Kylie, ternyata tidak begitu suka akan komentar yang diberikan terhadap wajahnya.

"Saya sudah membaca semua komen...plastik...botoks. Saya cuba lihat apa yang orang ramai katakan tapi sejujurnya, saya sudah tidak melakukan botoks lagi," kata Dannii.

Artikel Lain