suria

Liz Taylor terlalu sedih untuk hadir upacara memperingati Jackson

Elizabeth Taylor
Elizabeth Taylor
Elizabeth Taylor

MARIAH Carey, Stevie Wonder sehinggalah kepada pengasas syarikat rakaman album Motown, Berry Gordy beraksi dalam upacara memperingati Jackson semalam.

Ahli-ahli keluarga Jackson memberitahu, Lionel Richie, pemimpin hak asasi Al Sharpton, Martin Luther King III, dan pemain bola keranjang terkemuka Magic Johnson serta Kobe Bryant turut hadir pada upacara tersebut.

Bagaimanapun, katanya, senarai hadirin itu belum muktamad lagi dan tiada maklumat lanjut mengenai upacara besar-besaran itu.

"Tidak dapat dipastikan sama ada Carey dan Wonder akan memberikan persembahan selama dua jam tersebut," kata seorang ahli keluarga Jackson.

Peguam-peguam bekas isteri Jackson, Debbie Rowe berkata, Rowe mengambil keputusan tidak menghadirinya kerana berasa "kehadirannya hanya akan memberikan gangguan".

Rowe masih berteka-teki sama ada mencabar keluarga Jackson untuk mendapatkan hak jagaan tiga anak Raja Pop itu.

Selain itu, aktres Elizabeth Taylor tidak akan menghadirinya. Dalam satu mesej pada Twitter pada Isnin lalu, Taylor berkata, dia telah dijemput untuk meluahkan perasaannya.

Bagaimanapun katanya, dia tidak dapat berbuat demikian. "Saya percaya Michael tidak mengingini saya berkongsi kesedihan dengan jutaan peminatnya," tulis Taylor.

Sebanyak 18,000 peminat dijangka menghadiri upacara memperingati Jackson. Polis menganggarkan ratusan ribuan peminat berkumpul di arena Staples Center.

Pegawai berkenaan menganggar kos menjaga ketenteraman awam dan pembersihan arena itu memerlukan sehingga USD2.5 juta.

Sebanyak 1.6 juta peminat mendaftar untuk menerima 8,750 tiket upacara tersebut. Mereka telah beratur Isnin lalu untuk memungut tiket masing-masing.

Malah terdapat sesetengah yang melelongkan tiket-tiket di laman web seperti eBay dan Craigslist.

Penyanyi "Thriller" itu menghembuskan nafas terakhir pada 25 Jun ekoran sakit jantung. Mendiang berumur 50 tahun.

Artikel Lain