suria

Emma Watson mahu belajar universiti guna nama samaran

Pelakon Emma Watson ketika menghadiri tayangan perdana filem animasi "The Tale of Despereaux" di Los Angeles. foto - AP
Pelakon Emma Watson ketika menghadiri tayangan perdana filem animasi
Pelakon Emma Watson ketika menghadiri tayangan perdana filem animasi "The Tale of Despereaux" di Los Angeles. foto - AP

Bintang filem Harry Porter Emma Watson mahu mendaftar sebagai pelajar di University Columbia mengunakan nama Charlotte lapor laman web JustJared.

"Saya mahu merahsiakan kolej pilihan saya selama yang boleh, mungkin ia kelihatan seperti paranoid... tetapi saya melakukan ini kerana mahukan kehidupan yang normal," katanya kepada media.

"Saya mahu identiti saya dirahsiakan, asalkan saya tidak menjadi tumpuan ramai.. ia sudah memadai," tambahnya lagi.

Pelakon yang baru berusia 19 tahun itu sebelum ini banyak dikaitkan akan belajar sama ada Universiti di Amerika ataupun Britain.

Walaubagaimanapun belum ada pengesahan daripada bintang filem Harry Potter itu.

Artikel Lain