suria

Jim Carrey dan Jenny McCarthy `tipu' keluarga

PELAKON Hollywood, Jim Carrey and kekasihnya, Jenny McCarthy membuatkan ahli-ahli keluarga mereka percaya mereka bakal berkahwin dalam satu persembahan Ellen De Generes.

Aktor "The Bruce Almighty" itu melutut dan melamar McCarthy dalam satu babak persembahan itu.

Bagaimanapun, lamaran Carrey tergendala oleh deringan loceng ketika dia berkata "Sanggupkah anda..."

Walaupun ia sebahagian jenaka, ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan berasa mereka akan berkahwin jua.

"Semua ahli keluarga Jim di Kanada (tidak tahu), begitu juga kawan-kawannya, malah ibu saya (berkata), `Jenny, awak tidak memberitahu saya.' Saya memberitahu ibu ia hanya suatu jenaka," kata McCarthy.

"Kami perlu mengurangkan salah faham selepas itu," tambahnya.

McCarthy mendedahkan betapa terharunya dengan lamaran tersebut sehingga mengakui mula menangis apabila Carrey melutut untuk melamarnya.

"Saya benar-benar menangis kerana `Oh Tuhanku, lihat betapa manisnya dia sekarang'," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

8TV lancarkan Shout! Awards

Artikel Lain