suria

Mariah Carey dedikasikan lagu 'Hero' khas untuk Obama

Penyanyi terkenal Mariah Carey cukup teruja untuk menyampaikan lagu hit 'Hero' untuk heronya barrack Obama.
Penyanyi terkenal Mariah Carey cukup teruja untuk menyampaikan lagu hit 'Hero' untuk heronya barrack Obama.
Penyanyi terkenal Mariah Carey cukup teruja untuk menyampaikan lagu hit 'Hero' untuk heronya barrack Obama.

Esok, tanggal 20 Januari akan tercatat satu sejarah dunia bila mana Barack Obama akan mengangkat sumpah untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-44 setelah memenangi kerusi itu pada pilihanraya bulan November tahun lepas.

Di sebalik kemeriahan sambutan yang dinanti-nantikan seluruh dunia, penyanyi terkenal Mariah Carey membuat keputusan untuk dedikasikan lagu hitnya 'Hero' untuk Obama di Neighborhood Inaugural Ball, Washington, D.C yang akan diadakan besok.

Carey menyifatkan lagu hitnya itu paling bertepatan dengan Obama lantas ingin menyampaikan lagu tersebut.

Selain Carey, penyanyi Beyonce juga diberitakan akan membuat satu persembahan di majlis yang sama.

"Lagu itu cukup sesuai untuknya. Memang tepat sekali. Saya agak nervous juga tetapi teruja untuk menyampaikan lagu 'Hero' untuknya. Dan saya gembira kerana menjadi rakyat Amerika," jelas Carey lagi.

Pelakon terkenal dari filem 'Titanic' Leonardo DiCaprio juga akan turut sama meraikan sambutan untuk Obama itu sebaik selesai acara tour mempromosikan filem 'Revolutionary Road' yang mendapat pengiktirafan di Anugerah Golden Globe minggu lepas.

Penyanyi lain yang turut diundang untuk meraikan bakal Presiden itu ialah penyanyi lagenda soul terkemuka iaitu Stevie Wonder dan Aretha Franklin.

Perjalanan Obama ke White House dilihat sebagai satu sejarah yang juga menyaksikan beliau mendapat sokongan keluarga bekas Presiden Amerika, John F. Kennedey ketika berkempen tahun lalu.

Liputan upacara bersejarah ini dijadual ke udara pada hari Selasa, 20 Januari, jam 11.30 malam melalui program khas "Presiden AS ke 44" di Astro AWANI (Saluran 501), Gerbang Dunia Kita.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain