suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jamal Abdillah rai penghuni Rumah Ehsan

KUALA KUBU BHARU: Sinar kegembiraan jelas terpancar di riak wajah 133 orang penghuni Rumah Ehsan di sini apabila penyanyi terkenal Jamal Abdillah yang juga merupakan warga Pengasih sudi hadir menghiburkan mereka.

Kehadiran Jamal serta 40 warga Pengasih sempena Program Mesra Kasih Aidilfitri sedikit sebanyak mengubat rindu mereka terhadap ahli keluarga.

Penyanyi itu berkata program seperti ini menginsafkan diri warga Pengasih supaya mengingati hari tua dan tidak menagih dadah semula.

"Kita tidak mahu apabila sudah tua nanti kita senasib dengan mereka dan tiada ahli keluarga mempedulikan kita lagi," katanya kepada pemberita di sini semalam. "Jadi kepada warga pengasih serta penagih yang di luar sana berhentilah dari menjadi penagih, ingat hari tua kita," katanya.

Pada kesempatan itu, Jamal turut menyuap nasi ayam kepada beberapa orang penghuni Rumah Ehsan dan sekali-sekala dilihat mengesat linangan air matanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain