suria

10 tahun berdepan kritikan, Gigi Hadid tak putus semangat... Bangga lihat perjalanan kerjaya 

Gigi Hadid pernah jadi mangsa body shaming waktu muda.

MODEL terkenal, Gigi Hadid mendedahkan dia pernah berdepan pengalaman pahit ketika awal pembabitannya dalam dunia peragaan.

Menurut Gigi, 28, dalam tempoh 10 tahun pertama memulakan kerjaya dia sering menjadi mangsa buli ejekan kerana bentuk tubuh badannya. 

“Bayangkan perasaan saya ketika mendapat peluang beraksi di pertunjukan pertama. Ia sepatutnya menjadi detik membanggakan, tetapi saya dikecam kerana rupa bentuk badan,” katanya.

Hadid pernah jadi mangsa buli waktu muda.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun rasmi Victoria’s Secret di Instagram, Gigi berkongsi bagaimana dia menerima pelbagai komen negatif ketika pertama kali muncul di pentas peragaan.

Bagaimanapun segala kritikan itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus berjaya. 

Malah apabila dikenang kembali, Gigi juga menganggap ia sebagai satu bentuk pengajaran dan mengambilnya dari sudut positif. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi minum Starbucks, Gigi Hadid dituduh hipokrit lantang bersuara tentang Palestin

ARTIKEL BERKAITAN: Bradley Cooper ‘buang’ Leonardo DiCaprio demi Gigi Hadid

“Saya teringat semula diri saya yang dulu… dia sangat menginginkan peluang itu. Dunia memang keras terhadap saya, malah terhadap semua wanita. 

“Apabila melihat semula gambar-gambar lama, saya sedar saya sebenarnya kelihatan hebat pada waktu itu. Ia adalah detik indah dan saya memang layak berada di sana,” luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain