suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lee Dong Gun derita penyakit jarang jumpa, penglihatan makin kabur

Lee menderita dengan penyakit dialaminya sejak beberapa tahun yang lalu.

KEHIDUPAN pelakon dan penyanyi Korea Selatan, Lee Dong gun, 45, berubah sekelip mata selepas disahkan menghidap penyakit jarang jumpa.

Dong gun berkata, doktor mengesahkan dia menghidap penyakit ankylosing spondylitis selepas kerap mengalami masalah serius pada bahagian mata sejak setahun lalu. 

Mata Lee menjadi sangat sensitif terhadap cahaya dan terpaksa bergantung kepada titisan mata. 

"Mata saya berdarah dan kadangkala saya tidak mampu untuk fokus. Malah pandangan saya mula merosot serta makin sensitif dengan cahaya.

"Mata saya sering pedih. Satu-satunya cara untuk meredakan kesakitan ini adalah mengambil antibiotik yang disarankan doktor. Hidup saya kini bergantung dengan ubat titis mata," katanya. 

Menurut Dong gun, penyakit yang dialami boleh menyebabkan tulang belakangnya menjadi kurang fleksibel sehingga mengakibatkan beberapa bahagian tulang belakang bercantum. 

Diagnosis turut disahkan selepas pemeriksaan X-ray menunjukkan pelakon itu mengalami keradangan teruk pada sendi sacroiliac. 

ARTIKEL BERKAITAN: 5 tahun ‘hilang’ sejak bercerai, Lee Dong Gun kembali aktif dalam dunia seni

ARTIKEL BERKAITAN: Demi anak perempuan kesayangan, Lee Dong Gun beli rumah RM2.2 juta

Walaupun belum ada penawar, simptom penyakit itu masih boleh dikawal bagi memperbaiki fungsi fizikal dan memperlahankan perkembangan melalui rawatan fisioterapi, senaman serta pengambilan ubat-ubatan. 

Selain itu, doktor menasihat Dong gun supaya menjaga pemakanan selain mengelakkan pengambilan alkohol dan rokok. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain