suria

Vin Diesel dituduh serang bekas pembantu peribadi, paksa lakukan hubungan seks ketika penggambaran ‘Fast Five’

Vin Diesel didakwa membuat gangguan seksual terhadap bekas pembantunya.

PELAKON Vin Diesel dituduh melakukan serangan seksual terhadap bekas pembantunya di sebuah hotel di Georgia ketika sesi penggambaran Fast Five pada tahun 2010.

Dalam tuntutan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles, bekas pembantu Diesel iaitu Asta Jonasson mendakwa pelakon Fast And Furious itu menolaknya ke dinding lalu meraba dan beronani di hadapannya.

Dakwa Jonasson, Diesel, 56, memecatnya beberapa jam selepas kejadian kerana tidak melayannya pada hari kejadian.

Diesel 1

Diesel melakukan kejadian terkutuk itu semasa sesi penggambaran Fast Five.

Ketika diminta untuk datang ke bilik Diesel, Jonasson menceritakan pelakon tersebut terus menariknya ke atas katil untuk melakukan hubungan seksual.

Meskipun merayu untuk dilepaskan dan cubaan untuk lari gagal, Diesel memeluk, meraba dan mencium dan menanggalkan seluar dalam Jonasson secara paksa.

ARTIKEL BERKAITAN: Merajuk dengan Vin Diesel, The Rock tolak tawaran sekuel 'Fast & Furious'!

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah cinta 20 tahun lalu jadi igauan, Jennifer Lopez dan Ben Affleck derita PTSD

Setelah Jonasson meronta-ronta menolak ketika dipaksa untuk memegang zakarnya, Diesel beronani dihadapan pembantunya itu.

Selepas kejadian, Jonasson bekerja seperti biasa sebagai pembantu Diesel dan tidak bersuara mengenai kejadian tersebut kerana bimbang akan dipinggirkan.

Diesel 2

Diesel dan kakaknya, Samantha Vincent antara yang disaman Jonasson.

Untuk rekod, Jonasson menfailkan saman terhadap Diesel, syarikat produksi dan kakak kepada pelakon tersebut yang memegang jawatan presiden One Race Productions.

Jelasnya, saman diberikan kepada kakak Diesel iaitu Samantha Vincent kerana diskriminasi jantina, persekitaran kerja yang bermusuhan dan tiada tindak balas terhadap kejadian menimpanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain