suria

Merajuk dengan Vin Diesel, The Rock tolak tawaran sekuel 'Fast & Furious'!

Salah faham antara Dwayne terjadi sejak bulan lalu.

NAMPAKNYA pelakon Dwayne Johnson atau The Rock mengambil keputusan untuk tidak akan muncul dalam sekuel filem popular berjudul Fast & Furious.

Ia berikutan selepas berlaku salah faham antara Dwayne dengan pelakon gandingannya dalam filem itu iaitu Vin Diesel pada bulan lalu.

Dwayne menyifatkan bahawa komen Vin yang menceritakan tentang watak ejen Luke Hobbs lakonannya itu agak mencuit hati.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya ketawa dan berasakan semua orang tertawa mendengarnya. Saya berharap dia baik-baik sahaja dan mengucapkan selamat maju jaya di Fast 9.

"Saya mendoakan semoga berjaya pada Fast 10 dan Fast 11 dan filem Fast & Furious selebihnya yang mereka akan buat tanpa saya," katanya dalam wawancara dengan Hollywood Reporter.

Pertengkaran antara dua selebriti terkenal itu bermula sejak mereka menyelesaikan penggambaran filem The Fate of the Furious pada tahun 2016.

Dwayne muncul sebagai ejen Luke Hobbs dalam empat filem termasuk spin-off Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw.- NEW YORK POST

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain