suria

Kim Seon Ho ‘Pelakon Paling Popular’ Anugerah Artis Asia 2021, raih 1.7 juta undian peminat

Kim Seon Ho raih undian terbanyak.

LAMAN twitter dipenuhi dengan ucapan tahniah kepada pelakon sensasi Kim Seon Ho yang berjaya menerima sebanyak 1,787,000 undian mengungguli dua kategor di Anugerah Artis Asia 2021.

Walaupun pemenang akan diumumkan secara rasmi semasa majlis berprestij yang dijadualkan pada 2 Disember di Dewan Arena KBS, peminat bintang 'Hometown Cha-Cha-Cha' (dipanggil Seonhohada) tidak sabar mengucapkan tahniah atas prestasi baharu itu.

Dua kategori itu iaitu Anugerah Populariti Live U+IDOL dan Anugerah Populariti AAA RET, kedua-duanya adalah 100 peratus kategori undian peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih serba salah, pendedahan musnahkan kerjaya Kim Seon-ho

Sementara itu Jinyoung GOT7 menduduki tempat kedua dengan 1,430,856 dan tempat ketiga diduduki oleh Doyoung NCT dengan 194,749 undian.

Peminat meraikan kejayaan pelakon Hometown Cha-Cha-Cha itu dengan hashtag #KimSeonHoMostPopularActor.

teitter

Tempoh pengundian bermula pada 22 Oktober dan berakhir pada 15 November iaitu Isnin.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Kim Seon Ho memenangi undian peminat.

Pelakon pernah memenangi anugerah populariti Anugerah Seni Baeksang ke-57 dan Penghibur Paling Popular KBS untuk '2 Hari & 1 Malam (2H1M)'.

kim seon ho

Kim Seon Ho antara paling tinggi undian.

Pelakon berbakat besar itu masih menyepikan diri selepas kontroversi meminta bekas kekasih menggugurkan kandungannya yang hangat diperkatakan hampir sebulan lalu.

Bagaimanapun, nampaknya pandangan umum memihak kepadanya dan peminat masih mahu dia kembali aktif di dunia seni.

Peminat berharap pelakon yang popular menerusi drama Start Up itu membuat kemunculan pada majlis anugerah 2021 Asia Artist Awards yang bakal diadakan pada 2 Disember depan di Dewan Arena KBS. - Kdramastars

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain