suria

[VIDEO] Salman Khan tegur peminat ambil foto selfie banyak kali… bengang sesi fotografi terganggu

Salman tegur peminat ambil selfie banyak kali.

PELAKON terkenal Bollywood Salman Khan menegur seorang peminat yang tidak henti-henti mengambil foto selfie dengannya semasa bertemu di sebuah acara hiburan pada Ahad lalu.

Menerusi video pendek yang tular di media sosial, seorang peminat lelaki dilihat memegang telefon bimbit dan mengambil swafoto bersama aktor itu beberapa kali dari sudut berbeza.

Tindakan peminat itu mengundang rasa kurang senang aktor berkenaan kerana ketika kejadian beberapa jurufoto sedang merakam gambarnya di sebuah lokasi.

"Jurugambar tengah ambil gambar (sambil menunjukkan tangan ke depan)," tegur Salman.

Bagaimanapun peminat itu tidak mengendahkan teguran Salman dan mengabaikan jurufoto di hadapan yang turut memintanya memberi laluan.

"Berhenti menari di sini," tambah Salman.

Selepas ditegur kali kedua akhirnya peminat berkenaan mengundurkan diri dan berlalu pergi.

Difahamkan ketika kejadian Salman berada di majlis pelancaran program Big Boss 14.

Dalam perkembangan lain, Salman bakal mempromosikan filem terbaharunya berjudul Antim: The Final Truth yang akan ditayangkan bulan ini.

SUMBER: The Indian Express

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain