suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lee Kyu Han tarik diri secara mengejut daripada bintangi dua drama

Lee Kyu Han berdepan dengan masalah kesihatan.

KEPUTUSAN pelakon Lee Kyu Han menarik diri secara mengejut daripada dua drama yang sudah dipersetujui mengundang persoalan dalam kalangan peminat.

Memetik laporan Soompi, Lee Kyu Han memberitahu keputusan berat itu terpaksa diambil berikutan keadaan kesihatan yang semakin merosot.

"Saya bukan menarik diri daripada dua drama disebabkan insiden istimewa atau kejadian yang tidak diingini.

"Saya berdepan dengan masalah kesihatan dan mengalami beberapa simptom semakin teruk, jadi saya ambil keputusan untuk tarik diri," kata Lee Kyu Han.

Sebelum ini, media melaporkan Lee Kyu Han menarik diri daripada drama berjudul Again My Life dan Green Mother Club atas sebab peribadi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain