suria

Wajah terkini anak Vanessa Angel selepas kemalangan, jutawan Surabaya janji jaga anak arwah

Dapat dilihat wajah terkini anak Allahyarham Vanessa Angel.

SELEPAS urusan pengebumian jenazah selebriti terkenal Indonesia Vanessa Angel dan suaminya Febri Andriansyah selesai, tumpuan peminat kini terarah kepada nasib anak pasangan itu.

Rata-rata melahirkan rasa simpati terhadap buah hati arwah, Gala Sky Andriansyah yang baru berusia setahun.

Isu tentang siapa yang akan menjaga dan membesarkan anak yang masih belum mengerti tentang apa yang berlaku itu menjadi tanda tanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Artis kontroversi Indonesia Vanessa Angel dan suami meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya

Bagaimanapun seorang jutawan Surabaya bernama Tom Liwafa yang merupakan salah seorang kenalan rapat Febri dan Vanessa tampil menyatakan hasrat untuk memastikan kebajikan Gala terjaga.

"Saya dan semua sahabat-sahabat saya sudah berbincang. InsyaAllah kesejahteraan Gala adalah tanggungjawab saya dan rakan yang rapat dengan saya.

"Jadi Gala adalah tanggungjawab kami semua sehingga dewasa. Saya berjanji akan menjaga Gala sampai berjaya nanti, saya sendiri akan memantau dia.

"Namun untuk hak asuhan bukan bidang kuasa saya, itu terpulang kepada pihak keluarga. Kami hanya ada untuk bantu Gala sampai jadi seorang usahawan," tulisnya di Instagram.

Delty Hesty meluahkan hasrat ingin menjaga anak arwah Vanessa Angel.

Keadaan Gala ketika berada di hospital.

Dalam pada itu Tom Liwafa turut berkongsi video menunjukkan keadaan terkini Gala ketika masih dirawat di hospital.

Menerusi video itu dapat kelihatan kesan lebam pada mata kiri bayi berkenaan.

Bagaimanapun Gala kelihatan ceria ketika beberapa individu dipercayai saudara terdekat bermain dan melayannya.

gala

Perkongsian Tom Liwafa di Instastory.

Vanessa dan Febri disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur.

Jenazah kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahad TPU Islam Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta Selatan, pada pagi Jumaat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain