suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bintang ‘Star Wars’ Daisy Ridley berhenti guna media sosial kerana bimbang ketagih sehingga ganggu mental

Daisy Ridley tutup akaun media sosial kerana bimbang ketagih.

PELAKON filem Star Wars, Daisy Ridley mengambil keputusan berehat daripada menggunakan media sosial kerana bimbang mempengaruhi kesihatan mentalnya.

Menurut laporan Mirror, aktres berusia 28 tahun ini memaklumkan dia tidak akan memuat naik sebarang perkongsian di semua laman sosial miliknya.

Keputusan itu diambil selepas dia melihat beberapa kenalan berdepan ketagihan sehingga menerima kesan negatif.

Malah, dia mengakui lebih selesa melalui kehidupan peribadi tanpa tumpuan umum.

"Saya dah atur kehidupan peribadi tak bercampur dengan karier... itu sebab utama saya tak mahu ada media sosial.

"Statistik menunjukkan hubungan antara media sosial dan gangguan dalam kehidupan seseorang berada dalam tahap membimbangkan.

"Saya ada kawan-kawan yang hidupnya bergantung dengan telefon bimbit dan berdepan masalah sama," katanya.

Dalam pada itu, Daisy mengakui bukan mudah untuk menjauhkan diri daripada media sosial, namun akan berusaha untuk tidak kembali menggunakan laman tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain