suria

Pengikut Instagram bertambah, Kim Seon Ho ceburi bidang lakonan kerana ibu bapa

Kim Seon Ho mengucapkan terima kasih kepada barisan pelakon drama Start-Up.

MEMEGANG watak hero kedua dalam siri drama popular Start-Up membuatkan pelakon Kim Seon Ho semakin digilai ramai peminat dari seluruh dunia.

Kim Seon Ho menerusi temu bual bersama majalah Cosmopolitan Korea, meluahkan rasa syukur dengan sokongan peminat dan mengakui dirinya semakin dikenali sehingga pengikut di laman Instagram bertambah ramai.

"Terima kasih kepada barisan pelakon utama drama Start-Up. Pengikut Instagram saya bertambah. Ramai peminat dari luar negara yang meninggalkan komen, ia sangat teruja dan saya berasa gembira," katanya.

Drama yang mempunyai 16 episod itu turut dibintangi oleh barisan pelakon terkenal iaitu Bae suzy, Nam Joo Hyuk, Kang Han Na, Do Wan Kim, Yoo Soo Bin, Kim Hae Sook, Stephanie Lee dan ramai lagi.



Kim Seon Ho mahu membuktikan kepada ibu bapanya bahawa dia seorang pelakon.

Dalam pada itu, Kim Seon Ho turut berkongsi mengenai perjalananya dalam bidang lakonan bermula disebabkan oleh ibu bapanya.

"Mungkin berbeza dengan orang lain, tapi ibu bapa saya hanya beberapa kali sahaja tonton filem di pawagam sepanjang mereka hidup. Saya mahu tunjuk pada ibu bapa saya yang anak mereka seorang pelakon.

"Jadi, lebih baik saya muncul di TV daripada filem. Tapi peluang tidak datang dengan mudah. Saya pergi ke sesi uji bakat dan saya bertuah kerana diberi watak sebagai SunSang Tae dalam Good Manager. Dari situlah bermula karier seni saya," ujarnya.

Sumber - Soompi

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain