suria

Cinta Tom Cruise dan Hayley Atwell berputik ketika penggambaran filem 'Mission: Impossible 7'

Tom dan Hayley tak boleh berenggang sejak meluangkan masa bersama sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

PELAKON Tom Cruise dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pasangan gandingannya dalam filem Mission: Impossible 7 iaitu aktres Hayley Atwell.

Memetik laporan Hollywoodlife, Tom Cruise dan Hayley Atwell mula mempunyai hubungan rapat ketika menjalani penggambaran filem tersebut.

Malah menurut sumber terdekat kepada The Sun, tempoh pandemik Covid-19 juga membuatkan mereka semakin rapat dan dikatakan sentiasa bersama sepanjang masa.

"Tempoh berkurung dan pelbagai kesukaran yang berlaku membuatkan mereka semakin rapat dan tidak boleh berenggang," kata sumber.

Filem tersebut sepatutnya menyambungkan penggambaran mereka pada Februari lalu namun terpaksa ditunda berikutan pandemik Covid-19.

Tom sebelum ini sangat berahsia mengenai kehidupan cinta sejak perpisahannya dengan pelakon Katie Holmes pada 2012.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain