suria

Profesor dipenjara 10 bulan beri layanan istimewa kepada Yonghwa (CNBLUE)

Anggota kumpulan CNBLUE, Yonghwa terpaksa membatalkan hasrat untuk menyambung pengajiannya ke universiti.

SEORANG pensyarah bergelar profesor di Universiti Kyung Hee di Seoul dijatuhkan hukuman penjara atas dakwaan memberi layanan istimewa kepada beberapa pemohon ke institut pengajian tinggi itu termasuk anggota kumpulan CNBLUE, Yonghwa.

Allkpop melaporkan profesor berusia 50 tahun itu dikenakan hukuman penjara selama 10 bulan kerana menyalahguna kedudukannya dalam memilih calon penuntut Fakulti Seni.

Pada Januari lalu, lelaki hanya dikenali sebagai profesor Lee itu didakwa meluluskan permohonan kemasukan pelajar termasuk Yonghwa ke fakulti itu yang tidak mengikut waktu ditetapkan selain tanpa perlu menghadiri temuramah kelayakan.

Selepas perkara itu terbongkar, permohonan penyanyi itu juga dibatalkan dan Yonghwa dalam kenyataan kepada media memohon maaf kerana menggunakan cara salah untuk memasuki universiti itu.

Yonghwa, CNBLUE

Artikel Lain