suria

Song Hye Kyo Teruja Bertemu Presiden Korea Selatan

Song Hye Kyo bersama Presiden Korea Selatan, Moon Jae In. Foto: Allkpop

SETELAH mendirikan rumah tangga pada 31 Oktober lalu, pelakon Song Hye Kyo akhirnya muncul di majlis rasmi negara.

Isteri kepada Song Joong Ki menerima sambutan hebat media dan peminat ketika menghadiri program Korea-China Economic Partnership di China pada Jumaat.

Song Hye Kyo menjadi perwakilan selebriti daripada Korea dan diundang bagi membuktikan hubungan baik kedua-dua negara dalam bidang perniagaan dan hiburan.

Imej berambut pendek turut menarik perhatian peminat.

Acara tersebut turut dihadiri Presiden Korea Selatan, Moon Jae In. Antara rakan artis yang turut diundang adalah Chen, Baekhyun, dan Xiumin (EXO-CBX) dan subunit (EXO).

Penampilan ringkasnya tanpa solekan dan rambut pendek menyerlahkan imej mempersonakan turut mendapat pujian daripada netizen di laman sosial.

Pelakon drama Full House ini meluahkan rasa teruja kerana diberi kepercayaan untuk hadir ke program tersebut dan bertemu dengan presiden.

"Saya ingin ucapkan terima kasih atas undangan ini. Rasa seperti benar-benar dihargai kerana dapat bertemu Presiden Moon di sebuah program luar biasa begini," kata Song Hye Kyo kepada portal Allkpop.

Song Hye Kyo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain