suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jungyeon, Momo (TWICE) Bantu Haiwan Terbiar

Jungyeon dan Momo luang masa cuti bersama di pusat perlindungan haiwan.

DUA ahli kumpulan Twice sempat meluangkan masa cuti dengan membuat kerja amal di pusat perlindungan haiwan sebelum membuat persembahan pada Khamis.

Kakak kepada Jungyeon, Gong Seung Yeon sempat merakam beberapa foto dan dimuat naik di laman Instagramnya.

Foto tersebut memperlihatkan Jungyeon dan Momo sedang bekerja keras menjaga anjing-anjing terbiar dan membersihkan kemudahan di situ.

"Persembahan bermula esok tapi mereka nak sangat pergi jadi saya bawa mereka ke pusat perlindungan haiwa," tulisnya.

Selain Jungyeon dan Momo, Twice dianggotai oleh Nayeon, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu.

TWICE, Jungyeon, Momo

Artikel Berikut

Artikel Lain