suria

Destiny's Child Buka Akaun Instagram Selepas 10 Tahun Berpecah

Kumpulan Destiny's Child kini mempunyai akaun Instagram rasmi.

SELEPAS 10 tahun Destiny's Child yang dianggotai oleh Beyonce Knowles, Kelly Rowland dan Michelle Williams dibubarkan kumpulan terkenal itu melancarkan akaun rasmi Instagram baru-baru ini.

Akaun berkenaan yang diselia oleh Sony Music Entertainment berjaya mendapat perhatian dan kini mempunyai 20,000 pengikut.

Sumber memberitahu kemunculan akaun Instagram itu kerana kumpulan berkenaan dilaporkan bakal kembali bergabung bersempena sambutan 20 tahun penubuhan Destiny's Child.

Mereka sebelum ini mengambil keputusan berpecah kerana ingin memberi fokus kepada kerjaya solo.

Bagaimanapun, Kelly dalam satu temubual baru-baru ini menyangkal mereka akan kembali bergabung seperti dilaporkan malah tiada perbincangan dibuat berhubung perkara itu.

Destiny's Child, Instagram

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain