suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adele Mahu Berehat Lima Tahun Selepas Konsert Jelajah Tamat

Adele mahu memberi fokus kepada anaknya, Angelo yang kini berusia tiga tahun.

PENYANYI Adele dilaporkan mahu berehat selama lima tahun dari karier muziknya selepas konsert jelajahnya tamat pada penghujung tahun ini.

Daily Mail melaporkan penyanyi lagu Hello itu mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan anak lelakinya, Angelo yang kini berusia tiga tahun.

"Adele mahu berehat selama lima tahun dari bidang muzik sebelum melancarkan album seterusnya kerana ingin memberi tumpuan kepada anak lelakinya.

"Dia tidak mahu terlepas peluang melihat anaknya membesar dan sanggup meninggalkan karier seninya buat sementara waktu.

"Sejurus selesai sahaja konsert jelajah dunianya dia akan berehat," kata sumber terdekat penyanyi itu.

Sebelum ini Adele pernah menyepikan diri selama tiga tahun sebelum muncul dengan album ketiganya berjudul 25.

Adele, Hello

Artikel Lain