suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Konsert Jelajah, EXO Singgah Malaysia 12 Mac

EXO bakal ke Malaysia bagi mengadakan konsert khas buat peminat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 12 Mac depan.

PETALING JAYA: Kumpulan kpop terkenal EXO bakal menghiburkan peminat di Malaysia menerusi konsert EXO Planet #2: The EXO'luXion pada 12 Mac depan.

Konsert jelajah dunia itu akan diadakan di Stadium Merdeka itu bakal menyaksikan EXO menyampaikan lagu-lagu hit mereka seperti Call Me Baby, Growl dan Overdose.

Kemunculan kumpulan dari Korea Selatan itu memang dinanti-nantikan peminat selepas konsert jelajah pertama mereka EXOPLANET #1 - The Lost Planet 2014 tidak menyenaraikan Malaysia sebagai salah satu lokasi konsert.

EXO dianggotai sembilan ahli iaitu Xiumin, Suho, Lay, Baekhyun, Chen, Chanyeol, D.O., Kai dan Sehun.

Selain Malaysia, konsert jelajah itu turut diadakan di Korea Selatan, China, Macau, Hong Kong, Thailand dan Taiwan.

Konsert di Kuala Lumpur dibawa oleh Star Planet dan IMC Live Group.

Tiket dijual pada harga RM688, RM548, RM428, RM348, RM328 dan RM208 di www.ticketcharge.com.my. Untuk maklumat lanjut layari www.starplanet.com.my.

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia