suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Aktor Indiana Jones, Star Wars - Harrison Ford Terhempas

HERO filem Indiana Jones, Harrison Ford, 72, dimasukkan ke hospital selepas pesawat ringan latihan perang dunia ke-2 dipandunya terhempas ketika membuat pendaratan di sebuah padang golf yang terletak di California pada Khamis.

Menurut pihak berkuasa, Ford berada dalam keadaan sedar apabila anggota penyelamat tiba di tempat kejadian untuk memberi rawatan awal sebelum membawanya ke hospital.

"Pelakon berusia 72 tahun itu didapati mengalami pendarahan pada muka apabila anggota penyelamat tiba di tempat kejadian.

"Terdapat banyak darah diwajahnya dan dua doktor telah merawat beliau serta menjaganya dengan baik," kata seorang pekerja golf  kepada NBC News.

Menurut laporan Daily Mail, seorang saksi dilapor ternampak  pesawat ringan itu dipandu rendah sebelum terbabas.

"Kapal terbang berwarna kuning dipandu rendah dan pada masa itu keadaan cuaca sangat baik.

"Ford seolah-olah sedang menikmati pandangan daripada penerbangan di sepanjang kawasan pantai sebelum pesawat tersebut terbabas," kata seorang saksi kepada Daily Mail Online.

Selain Indiana Jones, Ford juga terkenal membawa watak sebagai Han Solo seorang penyeludup dalam filem-filem Star Wars.


Indiana Jones, Star Wars

Artikel Lain