suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ray J Dibelasah Teman Wanita Sendiri

Ray J dibelasah oleh teman wanitanya sendiri Princess Love.

TEMAN wanita kepada penyanyi Ray J iaitu Princess Love dilaporkan ditahan oleh pihak polis dipercayai kerana memukul lelaki berkenaan di sebuah hotel baru-baru ini.

TMZ melaporkan Ray J mengalami kecederaan dibeberapa bahagian badannya termasuk tulang rusuknya patah akibat serangan tersebut.

Ketika kejadian Ray J dikatakan baharu sahaja pulang ke hotel berkenaan selepas mengadakan persembahan sebelum Love mengamuk dan berlaku pertengkaran di antara mereka.

Malah pekerja hotel yang bertugas ketika itu terdengar Love menjerit dan memberitahu mahu membunuh penyanyi itu sebelum Ray J berlari keluar daripada bilik hotelnya dalam keadaan berdarah.

Love ditahan dan disiasat kerana melakukan keganasan domestik selain mendatangkan kecederaan.

Namun sumber memberitahu Ray J telah mengikat jamin teman wanitanya itu keluar daripada penjara dan mengupahnya peguam.

Ray J, Princess Love.

Artikel Berikut

Artikel Lain