suria

Justin Timberlake Dedah Kehamilan Isteri

PENYANYI Justin Timberlake berkongsi keterujaannya untuk menerima cahaya mata pertama di Instagram dengan mendedahkan tentang kehamilan isterinya Jessica Biel.

Pendedahan itu menamatkan spekulasi tentang kehamilan isteri penyanyi itu yang menjadi tanda tanya selama ini.

Justin melalui kapsyen tersebut memberitahu bahawa ia merupakan hadiah istimewa pada ulang tahun ke 34 pada 31 Januari lalu.

Bagaimanapun, penyanyi ini tidak mahu mengetahui jantina anank yang sedang dikandungkan isterinya itu sehingga bayi tersebut dilahirkan nanti.

"Terima kasih atas ucapan doa pada ulang tahun saya!. Tahun ini saya akan menerima hadiah paling istimewa dan tidak tahan untuk menunggu saat itu," tulisnya dengan hashtag #BoyOrGirl #YouNeverKnow #WeDontEvenKnow #WeAreTakingBets"
Justin Timberlake

Artikel Berikut

Artikel Lain