suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

James Franco Mahu Berlakon Dengan Lana Del Ray

James dan Lana Del Ray.

PELAKON James Franco berharap dapat bekerjasama dengan penyanyi lagu Summertime Sadness iaitu Lana Del Ray dalam sebuah filem.

Daily Mail melaporkan James mahu berlakon disamping Lana kerana merasakan penyanyi itu sangat unik dan mendedahkan mereka berdua sudah pun berbincang mengenai perkara berkenaan.

"Dia mempunyai idea yang cukup bagus dan adakalanya ia melangkaui pemikiran dan sebab itu saya mahu berlakon disampingnya kerana dia seorang yang cukup istimewa," katanya.

"Bagaimanapun kata James, bukan mudah untuk duduk berbincang dengan Lana kerana kesibukan penyanyi itu dengan aktiviti seninya.

"Peluang yang saya dapat untuk bebincang dengannya digunakan dengan sebaik-baiknya dan dia seorang yang peramah dan berwawasan tinggi," katanya.

James Franco, Lana Del Ray.

Artikel Lain