suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ethan Hawke Dilayan Seperti Raja

Ethan Hawke

AKTOR Ethan Hawke dilayan umpama raja sejak dicalonkan dalam Anugerah Oscar yang bakal berlangsung pada 22 Februari depan.

Bintang berusia 44 tahun itu dicalonkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menersui filem Bayhood dan dikatakan  mendapat layanan istimewa semasa di New York.

Ethan meraikan kegembiraan kerana terpilih dalam pencalonan itu dengan bersarapan pagi di sebuah restoran di Brooklyn bersama isterinya, Ryan dan anak-anak mereka.

Semasa di restoran itu dia diberikan sorakan dan tepukan gemuruh oleh rakan-rakan yang berada di situ.

“Semua orang mengucapkan tahniah kepadanya dengan berjabat tangan sambil berkata dia dilayan bagaikan raja,” kata sumber kepada akhbar New York Post.

Ethan Hawke

Artikel Lain