suria

Lee Sungmin Akhirnya Jadi Suami Kim Sa Eun

ANGGOTA kumpulan Super Junior, Lee Sungmin akhirnya secara rasmi bernikah dengan pemuzik Kim Sa Eun pada malam Sabtu lalu.

Upacara pernikahan berlangsung secara tertutup yang diadakan di The Raum, Seoul, Korea yang dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

Pasangan ini pertama kali bertemu ketika bekerjasama dalam teater The Three Musketeers beberapa tahun lalu.

Manakala kedua-duanya mendedahkan hubungan cinta mereka pada September lalu melalui blog peribadi milik Sungmin.

Sementara itu, beberapa artis Korea popular turut hadir memeriahkan majlis perkahwinan tersebut antaranya Bora (Sister), Shin Sung Woo, Jewelry, Bigflo dan Dohee Tiny G.

Selain itu, majlis turut dihadiri anggota kumpulan Super Junior yang lain.
Lee Sungmin, Kim Sa Eun, Super Junior

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain