suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Produksi Amerika Minat Beli Drama Korea

POPULARITI drama bersiri Korea bukan sahaja menular di negara Asia tetapi mula mendapat perhatian di Amerika Syarikat sehingga ada produksi berminat untuk mengadaptasi sebuah karya berjudul God's Gift - 14 Days yang baharu sahaja selesai ditayangkan pada April lalu.

Portal Soompi melaporkan pihak SBS sedang meneliti butiran mengenai kontrak yang bakal ditandatangani sebelum membenarkan produksi di Amerika menjalankan proses penggambaran.

God's Gift - 14 Days dibintangi oleh Lee Bo Young dan Jo Seung Woo.

"Drama ini sangat bererti bagi kami kerana ia sesuai dengan genre masyarakat di Amerika malah pemilihan God's Gift - 14 Days adalah berdasarkan kepada kreativiti dan kesempurnaan drama itu sendiri," kata wakil SBS.

Drama bersiri itu menjadi karya kedua yang akan menembusi pasaran di Amerika selepas Nine Times Travel dibeli oleh sebuah rangkaian televisyen negara itu.
God's Gift - 14 Days.

Artikel Lain