suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terima Sambutan Hebat, 'Doctor Stranger' Bakal Difilemkan

Doctor Stranger mendapat sambutan hebat daripada penonton di rantau Asia.
DRAMA bersiri terbaharu berjudul Doctor Stranger dilaporkan bakal dijadikan sebuah filem berikutan sambutan hebat penonton yang bukan sahaja di Korea Selatan tetapi beberapa negara lain di rantau Asia. 

Menurut laporan Soompi, pihak penerbit drama bersiri tersebut dan penulisnya, Lee Jong Suk telah memberikan kebenaran kepada sebuah produksi di China yang berminat untuk mengangkat karya itu sebagai sebuah filem.

Bagaimanapun beberapa siri perbincangan perlu dilakukan sebelum keputusan muktamad dibuat.

"Doctor Stranger akan dihasilkan dalam versi filem di China namun perbincangan lanjut akan dilakukan selepas drama bersiri itu selesai ditayangkan," kata wakil pihak penerbit.

Dalam pada itu, drama bersiri yang dibintangi oleh Park Hae Jin itu besar kemungkinan akan hanya ditayangkan untuk pasaran China sahaja.

"Itu antara isu yang menjadi perhatian kami dan ia sedang dalam perbincangan," katanya.
Doctor Stranger, Park Hae Jin.

Artikel Lain